Nora Danish, Nedim Kini Bergelar Suami Isteri. Tahniah!

Tahniah buat pelakon Nora Danish dan pasangannya iaitu Nedim yang kini sudah selamat bergelar suami isteri.

Kejutan dan berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh beberapa media dan berita tempatan sebentar tadi:

KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Nedim Nazri, dalam satu majlis di di Seputeh di sini hari ini.

Dengan dua kali lafaz, Mohamed Nedim Nazri atau turut dikenali sebagai Nedim Nazri Aziz sah bergelar suami kepada Nora sekitar jam 8.40 malam ini.

Pada majlis itu, Nedim turut menyerahkan mas kahwin RM300 kepada Nora.
Majlis yang diadakan secara sederhana di Glasshouse itu dihadiri oleh keluarga, saudara-mara dan rakan terdekat.

Antara rakan artis yang hadir termasuk pelakon-pengarah, Erma Fatima, Umie Aida, Betty Rahmad dan Puteri Najuwa.

Nora dan Nedim dilaporkan mula intim sejak 2013 dan kedua-duanya juga tidak pernah berselindung tentang hubungan yang terjalin.
Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Rizal Ashram Ramli, anak bekas menteri besar Perak, dan dikurniakan seorang anak lelaki, Putera Rayqal, 8.
Nedim, yang merupakan anak Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, juga pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, Nedrin, 6. - Astro Awani


Comments