Ads Top

Soalan dan Jawapan Interview Masa Hantar Borang Nikah

Artikel ini khas untuk pasangan yang bakal menjejakkan kaki ke alam perkahwinan.

Tahukah anda apakah soalan yang akan ditanya masa interview atau temuduga untuk hantar borang nikah nanti?

Inilah senarai soalannya:

1. Ucap dua kalimah syahadah beserta maknanya sekali.

2. Baca Surah Al-Fatihah

3. Baca doa qunut

4. Apa yang awak tahu tentang munakahat? Sebutkan rukun nikah?

5. Apa itu thaharah? Hadas ada berapa jenis? Bila kena mandi wajib? Najis ada berapa jenis?

6. Tanggungjawab suami/Isteri.

Jawapan paling penting dan wajib tahu adalah jawapan untuk soalan 1 dan 2 kerana ada dalam solat. Termasuk soalan 3 walaupun sunat dituntut.

JAWAPAN


Jangan risau. Jawapan bagi soalan lain ada di bawah:

1. Munakahat - ilmu tentang perkahwinan.

2. Rukun nikah:
  • pengantin lelaki
  • pengantin perempuan
  • wali
  • saksi
  • Sighah - Ijab dan Qabul


3. Taharah?

Bersihkan diri, pakaian, tempat tinggal, dan lain lain daripada kotoran atau najis.

3. Hadas ada dua; hadas besar, hadas kecil.

4. Sebelum lakukan ibadah wajib:

Hadas besar kena mandi wajib.

Hadas kecil kena wuduk

5. Bahagian najis;
  • Najis muhaffafah
  • Najis Mutawassitah
  • Najis Mughallazah
6. Tanggungjawab suami:
  • Menunaikan perintah/hak Allah
  • Bimbing isteri lakukan kebaikan, tinggalkan keburukan
  • Beri nafkah pada isteri.
  • Menyayangi/ beri layanan baik kepada isteri
  • Melindungi isteri



No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.