4 Budaya VIP dengan Pelajar dan Guru Ini Buat Kita Berfikir Dua Kali

Siapa sangka budaya VIP di majlis-majlis sekolah yang melibatkan para pelajar dan guru kadang-kadang buat kita berfikir dua kali jugak.

Perkara ini tiba-tiba menjadi tular di media sosial hari ini. Rasa macam tak logik juga selepas membacanya.

Apapun, jom baca 4 budaya VIP berikut dan fikir-fikirkan:

1. Buat majlis anugerah cemerlang konon untuk raikan budak, tapi budak yang diraikan pulak kena tunggu VIP sarapan pagi.

2. Buat hari sukan tapi VIP bukan nak tengok budak bersukan, Datang nak bagi ucapan je lepas tu balik.

3. Buat pertandingan, budak pun main macam nak rak, tapi bila menang, yang diraikan makan dalam bilik air-cond ialah VIP. Budak yang menang tu kunyah la nasi bungkus dalam kereta cikgu.

4. Buat majlis APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang), tapi cikgu yang cemerlang tak bagi ucapan. Yang beri ucapan ialah VIP yang tak mengajar. Pandai retorik je. Lepas tu cikgu cemerlang tu sambung balik kerja jadi kerani sekolah.

Apa pendapat korang?

Comments