Ads Top

6 Pantang Larang Suami Isteri Bahagia

6 tips dan pantang larang untuk kebahagian suami isteri ini ada disebutkan oleh Datuk Ustaz Kazim Elias dalam salah satu ceramah beliau.

Ianya berguna untuk dijadikan panduan buat setiap suami dan isteri agar bahtera rumah tangga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Inilah 6 rahsia kebahagian dan pantang larang dalam hubungan suami isteri yang beliau kongsikan:

1. Jangan puji orang luar, jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan.

2. Elak meninggikan suara atau menjerit jika memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada rendah agar tidak mengguriskan hati.

3. Usah lontarkan kritikan pedas yang mengguriskan perasaan pasangan. Sentiasa membuka hati untuk menerima pandangannnya.

4. Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar.

5. Usah meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walaupun ketika isteri sedang haid.

6. Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah atau sentiasa betul setiap masa.

Semoga bermanfaat!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.