Resepi Goreng Pisang Cheese Sedap dan Mudah



Resepi goreng pisang cheese atau keju ini memang mudah dan sedap dimakan panas-panas.

Bolehlah cuba sendiri di rumah mengikut bahan dan langkah-langkah di bawah ini.

Bahan-bahan:

  • Apa sahaja jenis pisang; pisang abu ke pisang emas ke pisang awak ke..
  • Tepung gandum 4 sudu besar
  • Tepung beras 2 sudu besar
  • Air setengah cawan (jika cair, sila tambah tepung)
  • 1 sudu marjerin/ butter / planta
  • 1 sudu kecil garam
  • Minyak untuk menggoreng

Langkah-langkah:

Oleh sebab proses menggoreng pisang ini tutup mata pun boleh buat maka kita bayangkan yang anda sudah berjaya menggoreng pisang

Ambil satu sudu besar susu pekat, jarakkan sudu dari pisang goreng tu, tuang pelan-pelan biar dia nampak mcm tirusssss je jatuh dekat pisang tu, lepas tu sagat keju / cheese parmessan / cheddar / mozarella atas pisang goreng.

Siap!

Selamat mencuba!

Comments