Ads Top

Tips Supaya Anak Selesa Memakai Pampers

Tips Supaya Anak Selesa Memakai Pampers
Bagi anda yang ada anak kecil yang masih memakai pampers, bolehlah amalkan Tips Supaya Anak Selesa Memakai Pampers ni.

Ianya dikongsikan sendiri oleh saudara Taufiq Razif di faecbooknya.

Semoga bermanfaat
_ _ _ _ _ _ _ _ _

Tips Supaya Anak Selesa Memakai Pampers


" Sayang, ni caranya nak bagi baby kita selesa "

Ni la teknik 'ramas' dan 'perah' pampers yang isteri saya ajar. Memang ajaib pun teknik ni. Anak nampak lebih nyenyak tidurnya. Siap berdengkur lagi!

Permukaan pampers kan kadang-kadang agak keras. Kalau kena dengan baby yang kulitnya jenis sensitif memang boleh iritasi kulit si comel kita. Pedih tu!

Tu la kenapa kita 'perah' dan 'ramas' pampers ni dulu sebelum pakaikan kat anak kita supaya permukaan pampers tu jadi lebih lembut bila bersentuhan dengan kulit si comel kita. Jangan risau, pampers takkan bocor pun kalau buat camni.

p/s : Apa lagi, tag la pasangan masing-masing. Bab keselesaan baby ni jangan buat main-main. Jangan sampai tidur si comel kita terganggu sebab dengan tidur tu la anak kita berkembang dan membesar dengan lebih sempurna

cdt : taufiq razif

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.