Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Dirogol?

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Dirogol?

Nasi sudah menjadi bubur.

Namun, jika diri sendiri atau sesiapa saja yang anda kenal baru saja menjadi mangsa jenayah rogol, ini apa yang perlu anda lakukan agar si pesalah dapat dibawa ke muka pengadilan.

Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan selepas menjadi mangsa jenayah rogol:

1. JANGAN CUCI
Tindakan mandi, atau membersihkan tubuh badan akan menyebabkan kesan jenayah sukar dikesan.


2. BERITAHU KEPADA ORANG YANG ANDA PERCAYAI
Beritahu kepada rakan sama jantina supaya membantu menemani, memberikan semangat serta membantu dalam menyelesaikan laporan jenayah tersebut.

3. PERGI KE HOSPITAL KERAJAAN TERDEKAT DAN BUAT LAPORAN POLIS
Jangan tangguh. Sebaliknya segera ke hospital supaya proses pengesahan jenayah dapat dilakukan. Seterusnya bolehlah membuat laporan polis setelah mendapat pengesahan doktor.

Semoga dengan tindakan ini, perogol tersebut dapat dibawa ke muka pengadilan dan dipenjarakan bertahun-tahun lamanya.

Nombor yang boleh dihubungi:

  • Talian Kasih 24 jam: 15999
  • Talian kecemasan: 999
  • AWAM Centre: 03 7877 0224 / awam@awam.org.my

Comments