Ads Top

Resepi Bengkang Roti Mudah Dan Sedap

Resepi Bengkang Roti Mudah Dan Sedap


Ramai yang minta resepi bengkang roti yang mudah dan sedap ni.

Ok saya share di sini ya

Bahan-bahan:

  • Roti Gardenia 7 keping
  • 1 Cawan Santan *
  • 1 Cawan Susu Segar *
  • 1 Cawan Gula *
  • 1 Cawan Air masak 
  • 3 bji Telur (size c)*
  • 1 Cawan Tepung gandum *
  • 1 sudu kecil esen vanila*
  • Secubit garam*
  • Mentega secukupnya untuk sapu sekeliling loyang (kalau saya loyang lapik kertas minyak senang nak keluarkan bengkang nanti)


Cara penyediaan:

1. Rendam roti yang dah dicarik-carik ke dalam air masak 1 cawan tadi ke dalam mangkuk besar. (Tekan-tekan roti tadi sampai meresap air. Rendam 10 minit sampai kembang.

2. Blend semua bahan yang bertanda * selamasa 2 minit, kemudian masukkan bahan blender ke dalam mangkuk yang berisi roti tadi dan kacau-kacau rata.

3. Tuangkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam loyang yang telah disapu mentega.

4. Bakar dalam oven api atas bawah suhu 180 °c (ikut kesesuaian oven masing) selama 40 hingga 50 minit.

Resepi Bengkang Roti Mudah Dan Sedap


SELAMAT MENCUBA

Kredit: Cik Neti

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.