Ads Top

Resepi Ayam Masak Kurma

Resepi Ayam Masak Kurma


Resepi ayam masak kurma ni agak popular untuk dijadikan lauk sahur atau berbuka puasa.

Bolehlah belajar masak dari sekarang supaya tak perlu beli di param yang mana agak mahal harga lauknya.

Jom cuba!
.

BAHAN-BAHAN:
• 1 ekor ayam / 1 kg daging (potong ikut suka)
• 3 sudu besar rempah kurma
• 4 biji kentang (belah ikut suka)
• 7/8 biji cili padi
• 8@10 biji tomato ceri
• 5 genggam bawang grng
• 1 sudu makan kerisik
• 2 sudu makan gula merah
• 5 sudu susu cair (untuk perap)
• 1 cawan lagi susu cair (untuk bubuh kemudian)
• 2 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih dan 1 inci halia dikisar
**(Perap ayam/ daging dengan rempah, bawang goreng, kerisik, gula merah, bahan kisar dan susu cair.. dalam 15 minit)


BAHAN TUMIS:
• Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
• 1 biji bawang besar - hiris nipis
• 3 ulas bawang putih - hiris


CARA MEMASAK:
1. Panaskn minyak dan masukkan bahan tumis.
2. Setelah naik bau, tuangkan ayam / daging yang diperap tadi dan masukkan air hingga ayam / daging tenggelam.
3. Seterusnya masukkan kentang.
4. Masukkan garam dan perasa.
5. Jika ayam / daging belum empuk, boleh tambahkan air sedikit lagi.
6. Setelah kuah agak pekat dan ayam / daging serta kentang dah empuk, tuangkan lagi 1 cawan susu cair.
7. Akhir sekali masukkan cili padi dan tomato ceri.


Kredit Resepi : Mazliza Ahmad (MAHN)

Selamat mencuba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.