Ads Top

Resepi Biskut Semperit | Kuih Raya

Resepi Biskut Semperit | Kuih Raya
pix: myaida-incrediblerecipes.blogspot.my


Ada yang dah fikir nak jamu kuih apa raya nanti?

Kalau belum tahu, apa kata buat saja resepi biskut semperit ni.

Mesti tinggal serdak nanti.

Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
• 200g mentega (yg tulen akan membuatkan biskut lebih sedap)
• 100g cream cheese
• 130g gula icing
• 200g tepung jagung kupu2
• 140g tepung kastad(birds custard)
• 180 g tepung gandum
• 2 biji kuning telur
• 2 camb susu pekat manis
• 1/2 camt esen vanilla
• ceri merah @ kismis hitam@ choc chip untuk hiasan


CARA-CARA:
1. Pukul mentega, cream cheese sehingga gebu.
2. Masukan esen vanilla susu pekat dan telur sebiji demi sebiji. Pukul perlahan sampai sebati.
3. Campurkan kesemua tepung, masukan sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan spatulla sehingga menjadi doh.
4. Biarkan 5-10 minit.
5. Picit dengan acuan samprit.
6. Letakkan ceri @kismis hitam @choc chip sebagai hiasan.
7. Bakar selama 15 minit, dengan suhu 150ºc dengan api bawah.


Selamat mencuba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.