Ads Top

Resepi Daging Dendeng Sedap

Resepi Daging Dendeng Sedap
pix: norizanbesar.blogspot.my


Menu ni agak popular di kala Ramadan dan hari raya.

Ianya adalah Resepi Daging Dendeng Sedap.

Memang sedap dimakan bersama nasi panas ataupun dengan lemang.

BAHAN-BAHAN:
● 500g daging
● 10 biji bawang merah (nak lebih pun ok) *
● 2 ulas bawang putih *
● 1 inci halia *
● 1 sudu besar serbuk jintan manis *
● sedikit belacan *
● 2 sudu besar cili giling/serbuk (tambah lagi kalau nak pedas)
● 2 biji tomato (dipotong 4)
● 2 batang serai (diketuk)
● 3 sudu besar kicap manis
● sedikit pes asam jawa
● bunga lawang, kayu manis & cengkih
● Gula & garam secukup rasa

CARA-CARA:
1. Potong daging nipis-nipis dan rebus sehingga empuk. Simpan air rebusan daging.
2. Tumbuk sedikit daging yang telah direbus (jangan sampai hancur).
3. Tumbuk bahan-bahan bertanda * dan perapkan daging sekejap dengan sedikit bahan yang ditumbuk.
4. Goreng danging tadi sehingga garing, angkat dan ketepikan.
5. Guna setengah dari minyak menggoreng daging dan tumis bunga lawang, cengkih dan kayu manis sehingga wangi.
6. Kemudian masukkan dan tumis bahan-bahan bertanda *. Setelah wangi masukkan pula serbuk cili dan masak sehingga terbit minyak. Tambahkan air rebusan daging sekiranya tumisan kering.
7. Masukkan serai, tomato, kicap dan pes asam jawa.
8. Masukkan daging yang digoreng tadi dan gaul kesemua di dalam kuali. Selalu kacau supaya sambalnya tak hangus. Perasakan dengan gula dan garam. Masak sehinga sambalnya agak-agak kering dan boleh diangkat.



Kredit Resepi : Adrenalin (Himpunan Koleksi Menu Bersahur dan Menu Berbuka Puasa di Malaysia)

Selamat mencuba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.