Ads Top

Resepi Kerabu Taugeh Mangga Kerang

Resepi Kerabu Taugeh Mangga Kerang


Lagi satu lauk makan tengahari terbaik iaitu Resepi Kerabu Taugeh Mangga Kerang.

Tak makan dengan nasi pun sedap! Ratah jer...

Jom cuba!


BAHAN-BAHAN:
• 1 mangkuk taugeh
• Isi kerang yang telah direbus
• ½ mangkuk Mangga yang di parut
• Bawang besar belah empat dihiris nipis
• 1 sudu kecil perahan air limau nipis


BAHAN YANG DIKISAR:
• 1biji cili besar
• 3 biji cili padi (kalau kurang pedas boleh tambah )
• Kerisik secukupnya
• 1 batang serai ambil bahagian yang lembut sahaja
• Setengah inci lengkuas
• Setengah inci halia
• Gula dan garam secukup rasa
• Sedikit belacan
• Sedikit air untuk dikisar( kalau nak ganti air ni kepada santan pon boleh)


CARA PENYEDIAAN:
1. Celur taugeh dalam air panas selama 1-2 minit. Angkat dan toskan.
2. Kisar bahan untuk dikisar sehingga halus.
3. Gaul sebati bahan kisar bersama taugeh, mangga, isi kerang rebus dan air perahan limau nipis.
4. Siap untuk dihidang...

Kredit: Juma Natull (MAHN)


Selamat mencuba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.