Ads Top

Resepi Laksa Johor Sedap

Resepi Laksa Johor Sedap



Resepi laksa Johor ni memang sedap dinikmati bila-bila masa.

Nak buat untuk jamuan kenduri pun boleh. Pasti licin akhirnya nanti.

Cubalah!
.
UNTUK KUAH
Bahan-bahan:
1 1/2 kg ikan kembong etc
15 ulas bawang merah
12 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
1/2 genggam udang kering
13 batang serai. (3 ketuk, 10 kisar)
3 keping asam keping
2 ibu jari lengkuas(1/2 kisar, 1/2 ketuk)
2 ibu jari halia
Semua bahan dikisar halus (kecuali ikan)
.
Rebus ikan, dipilih isinya, tulang ikan dikisar kasar untuk ambil air tulang.
.
1 peket besar kerisek
1200ml santan
125gram rempah kari Ikan ADABI
Minyak masak utk tumis
5 sudu kecil garam.. ( masuk sikit2 dulu)
4 sudu besar gula pasir
.
Rebus spaghetti
.
.
UNTUK ULAM:

Bahan-bahan:
Timun
Taugeh
Kacang panjang
Daun kesum
Daun selasih
Bunga kantan
Limau kasturi
.
.
Sambal belacan:
.
Cili kecil
Cili besar
Bawang putih
Belacan
Garam
(Ditumbuk halus)
.
.
CARA-CARA :
.
1. Kisar bawang, halia, lengkuas & udang kering.
2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau.
3. Masuk serai yang sudah dikisar.
4. Masukkan sedikit air, kacau.
5. Masukkan kerisek
6. Masukkan serbuk rempah kari ikan Adabi
7. Masukkan asam keping
8. Masukkan air sedikit lagi
9. Masukkan isi ikan & air tulang ikan
10. Kacau
11. Masukkan santan & air. (air jangan banyak sampai cair kuah)
12. Dah mendidih masukkan garam & gula.
13. Kacau jangan bagi pecah santan.
14. SIAP!
.
Hidangkan laksa dengan ulaman & sambal belacan. Silakan makan.
.
Resepi Laksa Johor Sedap


Resepi asal dari FB Nieza HM
.
Share dan tag kawan peminat laksa johor.
Kredit Resepi : Muhammad Nurul Imran Ismail

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.