Ads Top

Resepi Mee Kuah Kelantan Style

Resepi Mee Kuah Kelantan Style


RESEPI MEE KUAH KELANTAN STYLE


Bahan-bahan Mee Kuah aka Mee Rebus
• bawang putih
• bawang merah
• bawang besar
• halia

Semua bahan ni kita akan blender nanti. Semua bahan ni korang agak- agak je berapa biji nak letak. Cuma yang bawang besar tu ambil separuh je, tujuan nak letak bawang besar ni nak bagi kuah tu rasa lebih manis.


Bahan-Bahan Untuk Kuah Kicap
• kicap
• garam
• gula
• limau kasturi
• cili padi

Yang ni kita tumbuk je macam buat sambal belacan tu.

Bahan-Bahan Lain Untuk Buat Mee Rebus aka Mee Kuah
• lada hitam
• sayuran pelbagai (ikut pada kegemaran masing-masing tapi carrot tu boleh kata wajib)
• telur satu biji (kalau nak 2 pun boleh)
• ayam
• udang

Cara-Cara Membuatnya
1. Tumiskan bahan yang diblend tadi.
2. Apabila dah agak masak bahan tumisan, masukkan lada hitam yang sudah ditumbuk halus.
3. Masukkan sedikit air
4. Masukkan sayur-sayuran yang ada. Biarkan mendidih.
5. Setelah mendidih masukkan ayam dan biarkan ia mendidih juga.
6. Masukkan telur (tak perlu kacau)
7. Masukkan udang yang dipotong halus


Cara buat mee rebus sedap
Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan mee kuning dan hidang panas-panas.

Jika tak mau makan dengan segera, jangan masukkan lagi mee kuning tu. Agak-agak 10 minit sebelum nak makan bolehlah masukkan mee, takut nanti terlebih kembang pula.

Siap sedia dihidang dan makan bersama sambal kicap untuk lebih ummph. Resepi ringkas sangat tapi sangat sedap tau. Nak lagi sedap dan manis korang boleh tambahkan daging dalam resepi ni.

Kredit: instagram masakwithpassion

Selamat mencuba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.