Resepi Nasi Goreng Cili Kering Mudah dan Sedap

Resepi Nasi Goreng Cili Kering Mudah dan Sedap


Resepi nasi goreng cili kering ni gerenti paling mudah dan sedap.

Tak percaya?

Cubalah!

BAHAN-BAHAN:
1. Nasi sukatan 1 cawan setengah dah siap masak
2. Bawang besor tumbuk
3. Bawang putih 3 ulas tumbuk
4. Belacan sikit
5. Ikan bilis tumbuk
6. Cili kering 5, 6 helai direbus dan ditumbuk
7. Telur 2 biji. Tak nak letak pun tak apa
8. Garam secubit

CARA-CARA:
1. Dah tumbuk semua bahan-bahan tadi, panaskan kuali, letak minyak.
2. Dah panas minyak, tumis bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing dan naik bau.
3. Pecahkan telur, selepas itu masukkan nasi.
4. Siap dan boleh dimakan.


Selamat mencuba!

Comments