Ads Top

Resepi Nasi Goreng Daging

Resepi Nasi Goreng Daging


Sesekali makan Nasi Goreng Daging sedap jugak.

Resepi dan cara memasaknya pun agak mudah.

Bolehlah cuba ramai-ramai.


BAHAN-BAHAN:
• 3 pinggan nasi sejuk
• hirisan daging rebus secukupnya
• 4 biji bawang merah (ditumbuk)
• 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
• 1 sudu makan cili giling (Cap Puteri)
• 1 kiub pati ikan bilis atau kiub ayam
• 1 sudu kecil sos ikan atau sos tiram
• 1/2 sudu makan kicap pekat
• 1-2 sudu makan kicap manis
• sedikit garam dan lada sulah
• lain-lain:
  • telur,
  • kobis
  • brokoli
  • bunga kobis dll (ikut suka)


CARA-CARA:
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.
2. Kemudian masukkan pula cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging, kiub ayam/ pati ikan bilis, sos ikan/sos tiram dan kicap pekat. Gaul-gaulkan hingga sebati. (boleh juga letak cili api jika suka)
4. Masukkan brokoli, kobis dan bunga kobis (atau sayur-sayuran lain) dan kacau lagi. Kemudian pecahkan telur, gaul-gaulkan.
5. Kemudian barulah dimasukkan nasi, kicap manis, garam dan lada sulah. Kacau-kacaukan selama beberapa minit.
6. Setelah masak dan sebati, hidangkan panas-panas.


Selamat mencuba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.