Ads Top

Resepi Nasi Goreng Kerabu Bunga Kantan

Resepi Nasi Goreng Kerabu Bunga Kantan


Fuhhh resepi nasi goreng kerabu bunga kantan ni memang favourite admin sejak dari kecil.

Tapi sekarang ni part nak cari bunga kantan tu susah la.

Kalau dah dapat, pastu buat nasi goreng kerabu bunga kantan ni memang terbaiklah!

Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
• 1 mangkuk nasi
• 1 labu bawang besar – dikisar
• 2 ulas bawang putih – dikisar
• 1 kuntum bunga kantan – dihiris halus
• 2 helai daun limau purut – dihiris halus
• 5 tangkai cili padi – diketuk (kalau nak pedas, boleh tambah lagi)
• 20 gram ikan bilis
• 4 tangkai daun kari
• 1 biji telur
• Minyak untuk menumis
• Garam

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga naik bau.
3. Masukkan nasi, bunga kantan, daun limau purut, cili padi dan pecahkan telur.
4. Tambah garam secukup rasa dan gaul kesemuanya hingga sebati dan telur masak.
5. Taburkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.