Ads Top

Resepi Nasi Goreng Pattaya Mudah Dan Sedap

Resepi Nasi Goreng Pattaya Mudah Dan Sedap


Masa kecik dulu tertanya-tanya juga macam mana Nasi Goreng Pattaya tu boleh dibungkus dalam telur tu. Guna mesin ke? lol..

Tup-tup bila dah tahu rahsia Resepi Nasi Goreng Pattaya ni, mudah rupanya nak bungkus nasi tu. *tepuk dahi*

Jom buat ramai-ramai.

BAHAN-BAHAN:
• Sepinggan nasi putih sejuk
• 1 sudu besar minyak masak
• 1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
• 1 mangkuk kecil isi ayam
• 3 sudu besar sayur campur
• 3 tangkai cili padi diketuk
• 1 sudu kecil serbuk lada hitam
• 1 sudu kecil kicap
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 sudu besar sos cili
• 2 biji telur ayam
• Garam & kiub ayam secukup rasa


CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.
3. Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.
4. Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.
5. Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.
6. Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.


PROSES MEMBUNGKUS NASI DENGAN TELUR:
1. Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
2. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.
3. Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.
4. Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul. Letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
5. Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.
6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.
7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan pinggan  tersebut di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut pinggan nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.


Selamat mencuba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.