Resepi Popia Basah Viral

Resepi Popia Basah Viral


Menurut doktor, popiah basah adalah salah satu makanan yang sihat kerana penuh sayur dan kurang kolestrol.

Bolehlah cuba resepi popia basah viral yang menyihatkan ni.

Jom cuba!


BAHAN UNTUK KULIT POPIA:
500g tepung gandum
450 ml air
1 biji putih telur
2 sudu makan cuka makan
1 sudu kecil garam

CARA MENYEDIAKAN:
Satukan air, cuka makan, garam dan putih telur. Dalam bekas menguli, masukkan tepung dan curahkan air tadi dan uli sehingga sebati/ kental, biarkan lebih kurang 1 jam (elok simpan dlm fridge).

Gunakan tangan untuk membuat kulit popia. Mulakan melenser adunan dari sebelah luar dan bawa ke tengah. Bancuhan ini mesti dalam bentuk elastic (liat-liat bergam). Adjust kepanasan kuali. Tak perlu letak minyak (kalau letak minyak.., nanti masa nak melenser.. tepung tadi tak akan melekat).

ATAU BELI SAHAJA KULIT POPIA YANG SIAP SEDIA...


BAHAN UNTUK SOS:
250 g lada kering,buang biji (rebus)
3 - 5 ulas bawang putih
200 g kurma (tanpa biji) atau ksimis hitam
Gula pasir/ perang secukup rasa
sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:
Blend lada dan kurma serta bawang putih (blend bersama pun boleh). Masukkan dalam periuk.. masak dengan api perlahan hingga hampir pekat. Masukkan gula, garam dan masak lagi hinga betul2 pekat.


BAHAN UNTUK INTI:
Udang Kertas (bersihkan, gaul dengan tepung jagung atau tepung beras dan sedikit garam. Goreng dalam minyak yang banyak, tunggu sejuk dan blend kasar).
Kacang Tanah (sangai dan blend)
Sengkuang (dihiris jejari panjang)
Lobak disagat (jejari panjang)
1 keping tahu (dihancurkan)
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

CARA MENYEDIAKAN:
Bawang putih, merah dihiris. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan hiris hingga garing, masukkan sedikit serbuk kunyit, masukkan tahu yang telah dihancurkan, sengkuang.. masak hingga sengkuang agak lecur, masukkan lobak merah dan masak sebentar dan angkat masuk kedalam bekas.

kredit resepi Delihayat Kitchen

Selamat malam!

Comments