Ads Top

Resepi Putu Belanda

Resepi Putu Belanda

Resepi Putu Belanda ni boleh dibuat petang-petang dan dinikmati sambil minum teh pada petang hari.

Jom cuba!

BAHAN UNTUK KULIT:
------------
250g butter
250g tepung gandum }ayak
118g gula kastor
5 biji kuning telur
1 s/t esen vanila

CARA-CARA:
1. Pukul butter dengan gula hingga kembang (putih)
2. Masukkan kuning telur sebiji-biji sambil terus memukul hingga sebati..
3. Masukkan tepung gandum sedikit2.. Pukul hingga adunan sebati..
4. Masukkan esen vanila.. Gaul rata..
5. Masukkan adunan kedalam piping bag..
6. Sediakan acuan untuk putu belanda.. (aznie xde acuan dia jadi aznie bubuh dalam acuan muffin je)
7. Paipkan adunan kedalam acuan.. Dari permukaan bawah hingga ketepi acuan.. Bahagian tengah biarkan kosang ye..



BAHAN UNTUK FILLING:
------------------
105 gram tepung gandum
54 gram tepung jagung
70 gram butter
Susu pekat manis (ikut kemanisan yang kita nak)
800 ml air
4 biji kuning telur (optional)
**kismis hitam

CARA-CARA:
1. Masak semua bahan diatas kecuali kismis ngan api sederhana.. Kacau hingga pekat.. Sejukkan ia.. Bubuh dalam piping bag..
2. Masukkan filling kedalam acuan yang telah dipaipkan adunan kulit tadi.. Bubuh hingga penuh.. Letakkan kismis hitam diatasnya..
3. Boleh la dibakar pada suhu 180' selama 25 minit.. (CikTa guna acuan muffin jadi besar skit.. CikTa bakar dlm 35 minit.. Hihihi)
4. siap...
**seeloknya kita buat dia punya filling dulu.. Cepat skit sejuk...

Kredit: Aznie Khasri, CikTa


Selamat mencuba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.