Ads Top

Resepi Takoyaki dari Jepun

Resepi Takoyaki dari Jepun


Melayan selera anak-anak nak makan takoyaki.

Bila makanan feveret susah nak dapat, makanya kenalah buat sendiri resepi takoyaki dari Jepun ni.

BAHAN-BAHAN:
• 1 cawan tepung gandum
• 1 sb tepung jagung
• 1 1/2 cawan air
• 2 biji telur
• Sedikit serbuk pati ayam
• Sedikit garam

CARA: campur semua bahan di atas dan kacau sebati


BAHAN-BAHAN UNTUK INTI:
• Isi ayam, sotong, udang, sosej yang direbus (dipotong kecil-kecil terlebih dahulu)
• Kobis dicincang halus
• Daun bawang dihiris halus

LANGKAH MEMASAK:
1. Panaskan acuan takoyaki.. kalau takde, guna acuan kuih cara pun boleh jugak.
2. Masukkan adunan tepung ke dalam acuan hingga penuh semua permukaan.
3. Letakkan inti dan sayur.
4. Gunakan lidi sate untuk memusingkan takoyaki tu. Buatkan separuh bulat hingga garing dan pusingkan lagi hingga menjadi bulat sepenuhnya..
5. Bila dah garing, keluarkan dari acuan dan letak mayonese atau sos takoyaki.
6. Taburkan serbuk kepingan ikan (bonito). Boleh beli kat aeon jj..

Selamat mencuba..

P/s: ni resepi yg diolah ikut selera saya..

Kredit : Nor Juairiah Rashid

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.