Ads Top

Resepi Tempe Tumis Kicap

Resepi Tempe Tumis Kicap
pix: emmymazli-emmymazli.blogspot.my


Orang jawa mesti suka resepi tempe tumis kicap ni.

Admin tengok pun dah terliur. Suami tengah tengok sebelah ni pun dah mintak suruh buatkan untuk makan tengah hari japgi.

Jom la masak!


BAHAN-BAHAN:
• 1 bungkus tempe dipotong dadu (1 cm x 1 cm)
• 5 biji bawang merah dihiris halus
• 2 ulas bawang putih dihiris halus
• 3 biji cili hijau dipotong-potong sepanjang 1 cm
• 1 batang daun bawang
• Garam secukupnya
• 4 sudu makan kicap manis
• Penyedap rasa secukupnya
• Minyak goreng untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Siapkan bahan tumis (bawang merah, bawang putih, cilii hijau, daun salam dan lengkuas).
2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cabai hijau.
3. Kemudian daun bawang.
4. Masukkan potongan tempe, tumis hingga keperangan.
5. Tuangkan kecap manis
6. Masukkan garam dan penyedap rasa.
7. Angkat bila sudah matang.

Kredit Resepi : bacaresepdulu.com cookpad (Resipi Lauk Pauk Keluarga)


Selamat mencoba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.