Ads Top

Resepi Udang Masak Masam Manis

Resepi Udang Masak Masam Manis
pix: theboxsceneproject.org

Jiran cakap resepi udang masak masam manis ni memang power sampaikan suami dia dah tiga hari minta lauk yang sama je.

Tunggu nak jadi udang je suami dia tu.

Jom pakat mengudang ramai-ramai.


BAHAN-BAHAN:
• 500 gm udang besar (bersihkan)
• 1 sudu besar kunyit
• 1 sudu kecil garam
• Minyak


BAHAN UNTUK SOS:
• 5 ulas bawang merah (dimayang)
• 3 ulas bawang putih (dimayang)
• 1/2 cawan sos tomato
• 3 sudu besar sos cili
• 2 biji cili merah (dipotong nipis)
• 1/2 cawan air.
• 1 biji tomato (belah 6)
• 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
• Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMASAK:
1. Gaulkan udang dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
3. Apabila sudah wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Masukkan juga cili potong dan gula.
4. Setelah kuat pekat, masukkan udang dan gaulkan rata.
5. Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang. Hidangkan bersama nasi putih.


Selamat mencuba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.