Ads Top

Resepi Kuih Dorayaki a.k.a. Biskut Doraemon

Resepi Kuih Dorayaki a.k.a. Biskut Doraemon


Anak anak mesti suka. Jom cuba buat Resepi Kuih Dorayaki a.k.a. Biskut Doraemon ni.

Mudah je.

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar madu
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar air 
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil baking soda
  • Inti (coklat, kacang merah, strawberry etc)
Cara-cara:
  1. Masukkan telur dan gula dalam mangkuk. Pukul guna whisk* sampai berbuih.
  2. Masukkan madu, minyak dan esen vanila. Gaul sebati.
  3. Ayakkan tepung + baking soda ke dalam adunan tadi. Gaul sebati.
  4. Masukkan air dan gaul lagi hingga sebati.
  5. Panaskan non-stick pan dan masukkan sesenduk adunan. Api kecil je tau.
  6. Masak je macam masak lempeng.
  7. Lepastu boleh la letak inti kegemaran korang dan apit dua. Siap!

Resepi Kuih Dorayaki a.k.a. Biskut Doraemon


*whisk:
Resepi Kuih Dorayaki a.k.a. Biskut Doraemon














Kredit Resepi: Salimah Olie

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.