Resepi Karipap JJ Versi Karot

Resepi Karipap JJ Versi Karot


Unik jugak Resepi karipap JJ Versi karot ni. Cubalah!

Untuk inti ayam kentang JJ

Bahan-bahan:
2 biji bawang besar di potong dadu
3 biji bawang putih
1 inci h alis di ketuk
1/2 teh serbuk jintan putih babas
1 pekat rempah kari ikan babas
2-3 ketul bahagian dada ayam dipotong dadu
2 pelepah daun kari
8-10 biji kentang dipotong dadu kecil
Air sama paras dengan kentang
Garam gula dan maggie cukup rasa .

Langkah-langkah:
  1. Tumis bawang besar ,bawang putih hingga naik bau.
  2. masukkam rempah kari yang dibancuh dengan air....biar naik bau.
  3. Masukan air kentang dan ayam masak hingga empuk kentangnya baru tambah garam gula dan maggie cukup rasa...

Untuk Kulit Karipap JJ Versi Karot

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
3 sudu besar majerin
1/2 sudu teh garam halus
3/4 cawan air @ 120 gram biasa jgn tuang semua agak2 xmelekat ditangan
1/2 batang karot disagat halus
5 helai daun bawang di hiris halus
Sedikit krim super
Minyak untuk mengoreng

Cara penyediaan
  1. Ayak tepung gaul dengan majerin atau butter jadi serbuk roti.campurkan daun bawang dan karot kacau rata.
  2. Larutkan garam dengan air...dan tuang sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh dan sapu krim super dan uli hingga licin dan perap 10 minit dan baru timbang doh 20@25 gram.
  3. gelek dan isi inti dan kelimkan ...
Resepi Karipap JJ Versi Karot


Untuk mengoreng campurkn shorteng 1 sudu besar semasa hendak mengoreng..biar gebus montok karipapnya

Cetusan idea : Nornahar Akhmar

kredit : JJ Pau Mawar

Comments