Resepi Popia Carbonara

Resepi Popia Carbonara
pix: Nurulaziah Ayu


RESEPI POPIA CARBONARA TERSEDAP!!!

disebabkan malam tadi dah gigih buat inti.. jadi pagi ni awal kite breakfast. . popiah carbonara.. jemput sarapan.. resipi saya ade share sebelum ni..
disebabkan ade request, saya up lagi sekali resipi ye..

BAHAN UNTUK INTI:

-isi ayam (dipotong kecil) (nak guna aym -cincang pun boleh)
-crab stick (hiris bulat)
-cendawan butang (dicincang)
-capsicum(dipotong dadu kecil)
-sayuran (carrot, baby corn, sengkuang) -ni optional. boleh guna ikut suka.
-black pepper
-tepung gandum
-susu (sy pakai fullcream. kalau pakai susu cair pn ok)
-cheese slice 3 keping (x kisah ape brand. nk lebih rse cheese boleh juga potong dan letak masa kita gulung. lagi sedap)
-chicken stock
-bawang merah*
-bawang putih*
-halia* (* bahan ni dicincang halus)
-minyak sedikit
-butter
-garam dan perasa jika perlu


CARA-CARA:
1. panaskan minyak dan butter. letak minyak sikit sebab takut butter hangus
2. kemudian tumis halia, bawang putih dan merah
3. bila bwg dh layu sikit, masukkn isi aym dan cendawan. msk sekejap. msukkan juga chicken stock
4.kemudian letak tepung dlm 3 sudu. (tujuan pakai tepung utk pekatkan kuah.
5. kemudian masukkan susu. tambah air sikit dlm setengah cawan.
6. bila kuah dah agak pekat sikit, masukkan sayur sayuran termasuk capsicum.
7.masak sekejap. letak black pepper, garam dan perasa.
8.sebelum tutup api baru sy masukkan crab stick.tujuan masukkn lambat sebab tak nak die hancur sebab lama masak.

akhir sekali gulung mcm biasa..

Resepi Popia Carbonara


tips masa goreng:
api jgn kecil sgt sbb kalau lama die akan kluar inti dan bocor. minyak pun kotor.

Resepi popia carbonara

selamat mencuba..

Kredit: noor liyana


Comments