Ads Top

Resepi Biskut Ulat Bulu Sedap

Resepi Biskut Ulat Bulu Sedap


Pernah cuba resepi biskut ulat bulu ni?

Kalau belum, bolehlah rujuk resepi berikut untuk dijadikan hidangan kuih raya nanti.

Selamat mencuba!

Bahan-bahan:


  • 300 gram tepung gandum
  • 150 gram tepung jagung
  • 50 gram susu tepung nespray
  • 180 gram minyak sapi
  • 100 gram mentega
  • 100 gram gula icing
  • Sedikit perisa pandan hijau
  • Buah kurma yg dipotong memanjang, lebih kurang 6 hirisan drpd 1 biji buah kurma
  • Castor sugar untuk ditabur atas biskut ulat bulu sebagai hiasan


Cara memasak:

1. Putar gula icing & mentega hingga sebati. Kemudian masukkan minyak sapi, perisa pandan & susu tepung. Putar hingga sebati.

2. Masukkan tepung jagung & tepung gandum , uli dgn tangan hingga sebati . Selalunya tepung gandum diletak kemudian dan bergantung pada adunan. Kalau sudah dpt dibentuk tdk perlu habiskan 300gm.

3. Bentukkan doh sekecil ibu jari dan letakkan satu hiris buah kurma, kemudian bentukkan menjadi memanjang. Tekan atasnya dgn garfu utk bentuk ulat.

4. Masukkan kedalam loyang & bakar pada suhu 160-180’C sehingga masak.

5. Sesudah diangkat dari oven taburkan castor sugar diatasnya sebagai hiasan.

**Agak sukar untuk menentukan biskut ini sudah masak atau tidak disebabkan walaupun sudah masak biskutnya masih lembut, tapi kalau diletakkan di luar , ia akan mengeras sendiri.

**Untuk menentukan dah masak tengok jika dibawah biskut agak kekuningan.

No comments:

Follow Kami Di Facebook


Powered by Blogger.