Resepi Popia Sambal Manis dan Sedap

Resepi Popia Sambal Manis dan Sedap


Petang-petang dapat makan popia sambal atau juga dipanggil popia sira yang manis dan pedas pun sedap juga. Resepi nak buat pun mudah saja.

Jom cuba Resepi Popia Sambal Manis ni petang ni:

BAHAN-BAHAN:
• Sambal
• Segenggam cili kering
• 1 sudu udang kering
• 1 labu bawang putih
• 1/2 cawan gula
• Garam secukup rasa
• Popia
• Kulit popia
• Karot
• Sengkuang

CARA MEMASAK:
1. Rebus cili kering hingga lembut dan kisar bersama bawang putih dan udang kering. Tambahkan sedikit air sahaja.
2. Masukkan bahan kisar kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan gula dan garam.
4. Cara-cara popia
5. Sagat karot dan sengkuang hendahlah dipotong mancis.
6. Toskan sayur atas tisu supaya sayur kering.
7. Gulungkan sayur menggunakan kulit popia dan pastikan lekat menggunakan air supaya popia tidak terbuka ketika menggoreng.
8. Goreng popia dengan api yg sederhana kuat dan minyak hendaklah betul2 panas.
9. Golekkan popia yg telah digoreng bersama sambal manis. Taburkan bijan dan sedia dihidang

Comments