Ads Top

Resepi Sata Goreng Terengganu Mudah dan Sedap

Resepi sata goreng Terengganu mudah sedap


Bagi peminat sata, di sini ada satu resepi sata goreng Terengganu yang mudah dan sedap.

Bolehlah buat sendiri di rumah tanpa perlu ke (restoran) pantai timur.

Jom cuba!


BAHAN-BAHAN:

  • 4 ekor ikan (selayang / kembung)
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Kelapa parut
  • 1 biji telur ayam
  • Gula
  • Garam


CARA PENYEDIAAN:

1. Buang kulit dan tulang ikan. Ambil isinya saja.

2. Hiris halus halia, bawang putih dan bawang merah.

3. Masukkan ikan dan hirisan halia serta bawang tadi ke dalam lesung.

4. Tumbuk hingga lumat.

5. Setelah lumat, campurkan hasil tumbukan tadi dengan 1 bekas kelapa parut.

6. Masukkan juga telur ayam, 2 sudu besar gula dan 1 sudu kecil garam.

7. Gaul semua bahan hinga sebati.

8. Kemudian bolehlah dibentuk bulat leper dan goreng dalam minyak penuh hingga garing.

9. Siap untuk dihidang!


VIDEO DEMO RESEPI SATA GORENG TERENGGANU:


Selamat mencuba!

No comments:

Follow Kami Di Facebook


Powered by Blogger.