Ads Top

Jadi Janda di Usia 22 Tahun. Baca Sebabnya dari Pengakuan Wanita Ini

Perkahwinan bukanlah perkara main-main atau sekadar nak halalkan satu perhubungan. Ianya hadir dengan banyak tanggungjawab dan komitmen.

Sebab itu kena sama-sama berusaha. Kalau ada yang malas inilah jadinya..

Baca sebab dan pengakuan oleh seorang gadis ini yang sudah menjadi janda pada usia yang sangat muda.

Semoga ianya mampu menjadi pengajaran buat kita semua.

_ _ _ _ _ _ _ _ _

Assalamualaikum. Aku ina. Aku baru bercerai talak satu minggu lepas. Aku baru je berumur 22 tahun. Punca aku cerai sebab bekas suami aku curang. Tapi aku tak salahkan dia. Dia stress tengok aku yang pemalas.

Tak jalankan tanggungjawab. Betul, bila dah cerai ni. Aku muhasabah balik. Siapa boleh tahan dengan bini macam aku? Bayangkan masa anak dara. Bangun tido lambat, masak tak reti, kerja tengok korea, main handphone je.

Kemas rumah jarang-jarang sekali. Kerja melepak. Masa bercinta. Memang seronoklah. Sweet-sweet je. Jumpa…Dating…Mesej-mesej fon. Kita nampak tu adalah lakonan. Bila dah kahwin. Episod yang bermula adalah tanggungjawab. Masa mula-mula kahwin, bolehlah aku hipokrit. Rajin masa 2, 3 hari.

Sebab menjadi pemalas dah jadi satu kebiasaan kan. So lama-lama habit lama tu terserlah lepas kahwin. Mungkin kat situ suami aku stress, baik bela biawak kan. Kat situ bermulalah episod dia cari perempuan lain. Katanya lebih matang. Bertanggungjawab.

Dulu, aku nak sangat kahwin sebab masa bercinta sweet-sweet. Ingat kawin nak halalkan hubungan. Betul kata tulisan Adnin Rosli dalam tarbiah sentap. Niat kahwin kalau setakat nak ‘halalkan’ tak cukup.

Perkara pertama mesti kerana Allah dan kena tau kahwin adalah amanah. Pesan aku, buat wanita-wanita di luar sana yang pemalas macam aku, berubahlah. Benda malas ni bukan boleh berubah sekelip mata. Didiklah diri dari sekarang supaya buang sifat malas. Jadilah wanita yang serba boleh.

Bukan hidup hanya bermalas-malasan lepas tu bercinta tanpa fikir banyak tanggungjawab dalam hidup in future. Plus, bila fikir balik, laki aku ceraikan aku sebab benda-benda macam ni padahal usia mahligai kami baru masuk setahun. Dah tak tahan.

Kesian mak ayah aku selama ni bela aku yang pemalas. Maaf mak ayah. Lepas ni aku akan cuba jadi anak yang bertanggungjawab. Doakan aku kuat. Aku sayang dia. Tapi dia ada perempuan lain. Doakan aku jumpa orang yang baik. Aku nak berubah.

Tapi aku nak berubah untuk mak ayah dan Allah dulu. Kahwin? Nanti-nantilah buat masa sekarang. Aku nak kutip ilmu dahulu supaya bila dah kawin nanti ada ilmu nak didik anak. Supaya tak jadi macam aku yang sebelum ini.

Buat lelaki. Kahwini perempuan bukan sebab cantik je. Cantik tak reti buat kerja tak ada makna.

Macam aku (eh cantik ke ? Hehe) sebab tu orang zaman dulu kalau kawin dari A-Z dia siasat pasangan tu dari jiran-jiran sebelah, kawan-kawan, saudara mara. Bukan main sapu je nak kawin. Semoga perkahwinan adalah satu ibadah. Bukan kerana nafsu. Kita nak melahirkan generasi hebat. Kalau takda ilmu kawin, keluarlah generasi-generasi baru yang sampah macam aku ni. – Ina

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.