Resepi Acar Timun Kelantan Mudah dan Sedap

Resepi Acar Timun Kelantan Mudah dan Sedap


Sikit saja kelainan acar timun Kelantan. Nak tau apa lainnya?

Boleh rujuk resepi acar timun Kelantan yang mudah dan sedap ni.

Cubalah!

BAHAN-BAHAN:

- Timun
- Lobak merah
- Bawang besar
- Cili merah sebatang
- Cuka
- Gula

CARA PENYEDIAAN:

1. Hiris memanjang timun dan lobak merah seperti bentuk mancis. Bawang merah juga dihiris memanjang.
2. Cili dihiris kecil.
3. Satukan ketiga bahan tadi ke dalam mangkuk.
4. Kemudian, masukkan 2 sudu besar gula ke dalam mangkuk.
5. Masukkan sedikit garam.
6. Selepas itu masukkan 2 sudu besar cuka.
7. Dan akhir sekali masukkan 2 senduk air dan gaul rata.
8. Untuk melengkapkan rasa, bolehlah masukkan hirisan bawang besar.
9. Siap untuk dihidang!


Comments