Ads Top

15 Tanda Hubungan Cinta Makin Pudar Atau Beralih Arah

15 Tanda Hubungan Cinta Makin Pudar Atau Beralih Arah
Sepanjang anda hidup, pernah tak alami di mana hubungan mulai hambar kerana pasangan mula beralih arah dan rasa cinta semakin pudar.

Mungkin anda perasan akan berlakunya senarai 15 tanda-tanda sebelum putus cinta di bawah ini.

Apapun, kita sebagai manusia biasa tak mampu nak ubah hati manusia.

Sentiasalah berdoa agar tuhan membuka hati si dia agar menerima kita atau mungkin menunjukkan apa yang terbaik untuk kita.

15 Tanda Hubungan Cinta Makin Pudar Atau Beralih Arah:


  • panggilan telefon kita sudah mula dibiarkan tak berjawab
  • balasan mesej dari si dia pun sudah mula pendek-pendek
  • tiada lagi smiley atau hihihi, hehehe dalam mesej dari si dia
  • mengaku dirinya single bila dengan orang lain
  • terlalu melayan atau terlebih mesra dengan orang lain
  • bila kita kata "I love you" atau "I miss you", tiada lagi balasan atau dibalas hanya dengan "K"
  • Bila ajak keluar atau minta buat sesuatu mesti dia bagai alasan. "Malas" "Ada kerja" "Malas nak keluar"
  • Si dia dah tak jaga hati kita
  • Apa kita buat semuanya salah
  • Si dia tak kisah kalau tak jumpa. Sebulan, setahun tak jumpa lagi bagus katanya
  • Si dia lebih nampak kelemahan kita dari kebaikan 
  • Si dia dah lupa setiap saat apa yang dilalui dan janji-janji yang diucapkan
  • Susah nak senyum atau gurau-gurau seperti dulu
  • Dulu kalau masa keluar mesti nak pakai baju matching, sekarang dah malas dah. Rimas lah. Malas lah..
  • Dulu nak bergayut sejam dua pun takde masalah. Sekarang ni jangankan 2 minit, angkat fon pun haram...

Ada lagi tanda-tanda lain yang pernah anda alami?

Kalau ada bolehlah kongsikan komen anda di bawah.

Sakit hati jugak bila kena hadap tanda-tanda ni. Ermm..

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.