Resepi Donut Gebu Viral Mudah Dan Sedap

Resepi Donut Gebu Viral Mudah Dan Sedap

Nie admin nak share resepi donut gebu yang tengah viral nie.. Mudah dan sedap rasanya donut yang gebu gebas ni...

dan yang penting resepi yang nie paling sikit bahan-bahannya.

Korang wajib cuba tau...


Bahan-bahan (sukatan untuk sekali hadap 4-5 orang):
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar majerin
- 1/2 cawan air suam
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu besar yis mauripan

Bahan tambahan:
Gula halus/cheese/coklat

Cara-cara:
Adunan A: Satukan gula, yis dan air suam dalam 1 mangkuk. Kacau sebati dan biarkan hingga naik buih.

Adunan B: Sambil tu dalam mangkuk lain campurkan tepung gandum dan majerin. Guna tangan gaul hingga majerin sebati dengan tepung (berderai macam pasir).

Satukan adunan A ke dalam adunan B. Uli hingga adunan tidak melekat di tangan. Kalau melekat, tambah tepung gandum sikit-sikit hingga tidak melekat di tangan.

Lepas tu tutup mangkuk dengan tudung periuk atau apa-apa yang korang rasa sesuai dan biarkan seketika anggaran 10-15 minit. Adunan tu akan naik 2 kali ganda.

Kalau nak buat donut cheese. Bolehlah potong 1 keping cheese kepada 8 bahagian.

Kalau nak buat donut coklat. Bolehlah potong coklat bar tu kecil-kecil.

Selepas 15 minit ambil sedikit adunan buat bulat dan lubangkan dengan jari (donut biasa). Donut cheese/coklat pulak...ambil sedikit adunan leperkan sedikit letak cheese/coklat...lepas tu bulatkan. Ulang hingga habis semua adunan.

Panaskan minyak dengan api sederhana. Goreng hingga kekuningan, angkat. Donut dah tak panas baru tabur gula halus. Siap.

Selamat mencuba!!!

Jangan lupa like & share

Kredit: Faaizah Zainudin via Masak Apa Hari Ni

Comments