Resepi Cucur Udang Rangup

Resepi Cucur Udang Rangup


Jom cuba Resepi Cucur Udang Rangup yang mudah dan sedap ni.

Enak dinikmati semasa minum petang.

Cubalah!

BAHAN-BAHAN:
• 3 cawan tepung gandum
• 1 sudu teh instant yis
• 2 cawan air suam panas
• 1 biji telur
• 1 sudu teh garam halus
• Sedikit serbuk kunyit
• Segenggam taugeh
• 10 helai daun kucai di potong memanjang
• Carot di sagat
• 1 biji cili merah di hiris nipis.

CARA-CARA:
1. Ayak tepung dan campur semua bahan dan gaul sebati.
2. perap 1/2 jam.
3. Panaskan senduk yang hendak di gunakan.
4. Letak adunan dalam senduk dan letak udang seekor, agak dah tak melekat di senduk keluarkan.
5. Goreng hingga garing.
6. Angkat dan toskan minyak.

Resepi Cucur Udang Rangup


BAHAN UNTUK SOS:
• 5 batang lada merah
• 6-7 biji cili padi
• 2 biji bawang putih
• 1/2 cawan sos cili
• 4 cawan air
• air asam jawa
• Garam gula secukup rasa.

CARA-CARA:
1. Blender semua bahan dan masak hingga mendidih.
2. Bancuh tepung jagung dengan air sikit ikut kepekatan yang anda suka..
3. Kacau sebati dan tutup api.

Kredit resepi : Izzat Mustaffa via Resepi Viral Terbaik

Selamat mencuba!

Comments