Ads Top

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai


Menu yang mesti dinikmati di kedai makan, kini boleh dinikmati di rumah sendiri; nasi goreng ikan masin ala thai.

Dah tahu resepi nasi goreng ikan masin ala thai ni, tak perlu dah nak gi kedai dah.

Jimat belanja. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
• Nasi secukupnya
• 1/2 labu bawang besar - dihiris
• 4 ulas bawang putih -di ketuk
• 8 biji cili padi - diketuk
• 3 keping ikan tenggiri masin- buang tulang
• 2 sudu besar sos tiram
• 1 sudu besar sos ikan
• 2 helai kailan
• 1 batang kacang panjang - dipotong kecil
• Karot - hiris panjang
• 2 biji telur
• Sedikit garam - rasakan dahulu

CARA-CARA:
1. Panaskan minyak dan tumis ikan masin, tekan tekan sikit dengan sudip supaya hancur.
2. Bila ikan masin nak garing masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram dan sos ikan.
3. Masukkan kacang panjang, karot dan kacau hingga karot lembut.
4. Ketepikan rencah dan tuangkan telur. Masukkan nasi dan kacau supaya telur bersalut dengan nasi. Boleh letak garam sikit kalau belum masin.
5. Bila nasi dah nak masak baru letak daun kailan.

Siap utuk dimakan....

Kredit: Azie Kitchen

No comments:

Follow Kami Di Facebook


Powered by Blogger.