Ads Top

Resepi Murtabak Mini Kulit Popia Mudah dan Sedap

Resepi Murtabak Mini Kulit Popia Mudah dan Sedap


Tercari-cari resepi murtabak mini kulit popia yang mudah dan sedap?

Tak perlu lagi beratur panjang dan bersesak di pasar ramadan, kini anda boleh buat sendiri di dapur.

Jom cuba!

Bahan-bahan:


  • Kulit popia
  • isi ayam / daging di cincang
  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar di potong dadu
  • Daun sup
  • Garam
  • Gula

Resepi Murtabak Mini Kulit Popia Mudah dan Sedap

Cara memasak inti

1. Tumis bawang yang dipotong dadu
2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan2 yang dimasak. Jangan lebih nanti inti lembik.
4. Masukkan gula dan garam dan masak sehingga kering.

Untuk balut murtabak

1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan inti yang dimasak tadi.
2. Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau hingga sebati.
3. Balut dengan kulit popia.
4. Goreng dengan sedikit minyak sehingga jadi rupa murtabak. Siap!

kredit: yanie mansor

No comments:

Follow Kami Di Facebook


Powered by Blogger.