Ads Top

3 Ragam Buruk Mohon Kerja

Nak tahu apakah 3 ragam buruk mohon kerja yang sering dilakukan oleh graduan di zaman sekarang?

Baca perkongsian di bawah ni. Memang ada kes macam ni. Bukan rekaan semata-mata.

Harap dapat ambil pengajaran untuk kesenangan masa depan bersama.

Ragam budak-budak mohon kerja:

1. Praktikal pun tak lepas. Berangan nak ada gaji. Praktikal di reject.. Nak mohon kerja nanti memang kena reject la. (Rujuk gambar berikut)


2. Ada pulak yang jenis memilih kerja. Kita dah offer kerja. Dia krik-krik. Lepas 2 bulan mungkin dia nampak iklan jawatan kosong kita. Dia Whatsapp minta kerja. Sekali tengok ada sejarah perbualan terdahulu. Dia krik-krik lagi mungkin malu. 2 bulan tu tak kerja. Ha.. memilih sangat lepas tu minta kerja tempat yang sama 😂

3. Ada lagi 1 jenis nak kerja ala-ala hotel. Kalau masak.. masak je sehari. Potong-potong.. layan pelanggan.. basuh-basuh.. tak nak buat. Hang ingat hang star?!
Hotel buat untung dari bilik. Hang sehari kerja masak 10 pinggan je nasi goreng dia tak kisah. Dia masih untung. Ha... siapa pernah makan kat hotel tu tau la. Pesan nasi goreng 30 minit baru siap. Pelanggan takda pun. Dah terbiasa agaknya masak relax-relax aircond.

Ketiga-tiga ragam ni memang takda value pada Uncle dan juga majikan lain. Hang nak bernilai hang kena berubah. Di campak ke Hulu ke hilir siap sedia tanpa rungutan. Baru bernilai. Pi mana pun orang sanggup ambik kerja.

Sumber: Ahmad Lim Black Pancake



No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.