Resepi Kari Udang

resepi kari udang


Suami tak lagi ke kedai mamak kalau di rumah sudah ada kari udang ni. Sungguh baq hang!

Mai la hangpa semua cuba resepi kari udang ni.

BAHAN-BAHAN:
• 500 gram udang sederhana besar
• 2 sudu besar rempah kari (saya guna kari ikan), bancuh dengan sedikit air
• 1 sudu kecil halba campur
• 2 biji bunga lawang
• 1 batang kayu manis
• Setangkai daun kari
• 2 biji kentang, potong dadu besar
• 1 cawan santan cair
• 2 cawan santan pekat
• 1 sudu besar bancuhan pati asam jawa
• Bahan tumbuk halus:
• 5 ulas bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• 2 cm halia


CARA-CARA UNTUK MEMASAK:
1. Udang dibersihkan dengan cara belah bahagian belakang (saya tidak buang kulit).
2. Panaskan 1/2 senduk minyak. Masukkan halba campur, bahan tumbuk halus, daun kari,bunga lawang dan kayu manis. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan pula bancuhan serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air jika kering. Kacau supaya tidak hangus. Kacau sehingga rempah bertukar warna sedikit gelap dan pecah minyak.
4. Masukkan kentang, air asam jawa dan santan cair. Masak sehingga kentang empuk.
5. Kemudian masukkan pula udang dan santan pekat. Masak sehingga mendidih. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.

Tips:
Udang jangan direbus terlalu lama kerana nanti udang akan menjadi keras dan tidak enak.

Comments