Resepi Roti Jala / Roti Kirai Mudah dan Sedap

Resepi Roti Jala / Roti Kirai Mudah dan Sedap

Resepi mudah roti jala atau juga dipanggil roti kirai ini mesti anda kuasai kerana ianya adalah makanan sedap kegemaran rakyat Malaysia.

Nak pikat bakal mak mertua pun boleh. Apatah lagi nak buat berniaga. Mesti laku keras.

Jom cuba!

Bahan-bahan:


  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air
  • 1 biji telur
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil pewarna kuning


Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan dan kacau menggunakan whisk.
2. Masukkan bancuhan dalam acuan roti jala* dan mulalah menjala di atas kuali leper.
3. Setelah bahagian bawah garing, angkat dan letakkan di atas permukaan rata atau tudung periuk.
4. Lipat sedikit di kedua-dua sisi dan gulung.
5. Siap untuk dimakan dengan kuah gulai atau sardin.

VIDEO DEMO:




*Antara acuan khas yang boleh anda gunakan:

Resepi Roti Jala / Roti Kirai Mudah dan Sedap
Beli di Shopee >
Resepi Roti Jala / Roti Kirai Mudah dan Sedap
Beli di Shopee >

Comments