Resepi Nasi Goreng Cili Padi Ikan Tumbuk

Resepi Nasi Goreng Cili Padi Ikan Tumbuk


Inilah resepi paling mudah yang ibu-ibu selalu sediakan untuk habiskan lauk semalam iaitu resepi nasi goreng cili padi ikan tumbuk.

Bolehlah buat kalau ada saki baki lauk semalam.

Campak-campak je.

BAHAN-BAHAN:
• 1 pinggan nasi putih
• Ikan goreng (akak guna ikan selayang 2 ekor – asingkan isinya)
• 10 tangkai cili api*
• 1 biji bawang besar-hiris*
• 3 ulas bawang putih*
• 2 biji telur
• Kacang panjang
• Kubis
• Garam dan perasa

CARA MEMBUAT:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng sekejap bahan bertanda * bila dah agak layu, angkat.
2. Tumbuk kasar bahan yang dah digoreng tadi. Kemudian, masukkan isi ikan dan tumbuk jangan hancur sangat (manja-manja je)
3. Tumis semua bahan yang dah ditumbuk. Masukkan garam dan perasa. Masukkan sayur dan pecahkan telur.
4. Bila telur dah separuh masak, masukkan nasi putih. Kacau rata dan biarkan nasi agak garing sedikit. Siap!

Selamat mencuba!

Comments