Resume Yang Tiada Nilai Di Mata Majikan

Agak berguna tips resume yang dikongsikan di FB oleh seorang Master Trainer di Akademi Perunding Imej Profesional bernama Puan Mary Anni ini.

Apa yang dikongsi menunjukkan kesalahan resume berkaitan bidang kreatif atau grafik.

Mungkin boleh dijadikan pengajaran buat kita semua dalam membina resume yang baik dan jelas.

Baca ni:
Kepada tuan cikpuan yang memohon pekerjaan sebagai Pereka Grafik (graphic designer), mohon JANGAN buat resume begini (rujuk gambar di bawah).

Kami, majikan, tidak mempunyai banyak masa untuk mencari makna di sebalik gambar/ikon kucing, gunting, aiskrim dan mesin taip antik.

Jika mahu tunjukkan kemahiran menggunakan aplikasi grafik tertentu, kepilkan portfolio secara berasingan. Sediakan contoh atau bukti bahan yang berkaitan dengan syarikat di mana kerja dipohon.

Resume perlu ada penerangan bertulis. Bukan berhias.

Resume yang dihias cantik begini tidak bernilai kerana majikan tidak dapat memperolehi data berkaitan kemahiran dan kecekapan.

PERHATIAN => Resuma gaya begini juga dilarang untuk permohonan pekerjaan selain pereka grafik.

NOTA: Hari ini hari saya rasa kecewa betul kerana terima banyak resume yang gagal. Lebih kecewa apabila terima berita ada trainer mengajar ajaran sesat dalam penulisan resume. -  Mary Anni


Comments

  1. follow my blog http://www.kmieyabdulrahman.net/ ...

    ReplyDelete

Post a Comment