2 Langkah Awal Untuk Pergi Haji

Kebiasaannya golongan muda serta remaja sudah boleh memulakan 2 langkah awal untuk pergi haji ini supaya kelak dapat menunaikan haji pada usia yang muda serta masih bertenaga.

Baru-baru ini kerajaan Arab Saudi telah menaikkan kuota tahunan bakal Haji kepada Malaysia yang mana ianya merupakan satu berita yang sangat baik.

Ini kerana tempoh menunggu untuk pergi haji akan berkurangan menjadi lebih singkat.

Berbalik kepada tajuk di atas, berikut adalah 2 langkah awal serta tips sampingan untuk pergi Haji:

1. BUKA AKAUN SIMPANAN DI TABUNG HAJI (TH)

  • Simpanan minimum serendah RM 2.00
  • Apabila simpanan sudah mencukupi RM 1,300 bolehlah proceed dengan langkah ke 2
2. DAFTAR HAJI
  • Pendaftaran Haji boleh dilakukan melalui saluran berikut:
    • Kaunter TH - bawa penyata KWSP*, buku simpanan TH & Mykad
    • Kaunter Bank Islam / Bank Rakyat - bawa penyata KWSP*, buku simpanan TH & Mykad
    • Mesin ATM / CDM Maybank / Bank Islam / Bank Rakyat
    • https://www.e-thijari.com.my (Dahulunya mytaha.com.my)
    • www.maybank2u.com.my

* Baki minima simpanan akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300

Diharap perkongsian ini dapat memberikan penerangan awal bagaimana langkahnya untuk anda menunaikan haji.

Semoga bermanfaat!



Comments