Ads Top

Beza Penjaja Kaya Dan Penjaja Miskin


Perkongsian oleh Baharuddin Mohamed.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalah. Ini kawan saya. Tujuh hari seminggu dia jual buah. Kalau ke Parit Jawa memang ada muka dia.

Berpuluh tahun dia jual buah. Kawan-kawan cina memang tahu dia banyak duit. Beli rumah taman cash je. Bujang lagi. Peramah dan banyak mulut.

Dia jual pakai lori. Subuh dia ambil buah dari pembekal. Pagi dah ada duduk sampai ke petang. Semua buah ada.

Kenapa mereka menjaja dan kaya. Apa rahsia mereka. Ramai juga orang melayu menjaja tetapi mengapa kurang berkembang ?

Seseorang telah bertanya kepada saya ” tuan bercerita dan menulis tentang penjaja yang boleh kaya raya. Saya dari keluarga penjaja. 20 tahun hidup saya bersama keluarga penjaja. Mengapa kami tak kaya”.

Saya termenung sebentar. Boleh sahaja saya menjawab dengan cepat tapi saya harus hadam dan membuat kesimpulan. Saya tahu peserta itu buntu dengan apa yang berlaku sekarang. Dia mahu jawapan yang tidak dia fikirkan.

Saya menyebut ” saya berikan 10 perbezaan penjaja kaya dan penjaja miskin. ”.

1. Perkara penting yang memastikan kejayaan seorang peniaga bukanlah berapa besar bisnesnya atau berapa ramai pekerjanya tetapi bagaimana mereka mampu mengendalikan dirinya, menguruskan pendapatan dan menguruskan perniagaannya.

Saya sendiri pernah bertemu mereka yang mewah, berkereta besar, berumah besar dan pekerjaannya hanyalah seorang penjaja. Saya juga pernah berjumpa mereka yang mempunyai bisnes yang besar tetapi hidupnya sempit, hutang keliling pinggang. Itu semuanya adalah pusingan pelajaran dalam bisnes.

2. Peniaga atau penjaja perlulah ada kira-kira. Jangan berniaga somborono sahaja. Ada simpanan, ada pendapatan, ada target dan tahu tentang pengurusaan.

3.Berdisiplin. jangan sekejap buka sekejap tutup.

4. Berniaga perlu dengan hati dan mencari keberkatan.

5. Peniaga dan penjaja perlu faham mengurus pendapatan. Jangan pandai menjual je. Jangan campur aduk belanja peribadi dengan untung bisnes. Bila nak berubah. Asyik guna untung bisnea .. beli itu.. beli ini…

6. Perlu belajar ilmu barang. Kena faham berapa margin, berapa nak simpan, berapa kena modal pusingan. faham tak ni.

7. Arwah abah pesan pada saya. Bila berniaga tunai , duit kena simpan tiap hari.Simpan 30% untung untuk tabungan. Lupakan simpanan tu. Dulu abah orang kampung. Guna tabung ayam je simpan duit untung tiap hari. Dulu kami jual ais kacang dengan rojak petis.

8. Peniaga kaya suka bersedekah.

9. Belajarlah..belajar. dulu yang dulu. Perkara yang penting adalah sekarang dan masa depan. Belajarlah dan carilah ilmu dari terus sesat. Mahal kita membayar kegagalan dan kebodohan kita nanti.

10. Marketing dan marketing. Sekarang berniaga zaman moden.

Semua peserta mengaku yang itu kelemahan mereka selama ini. Paling ketara adalah dalam mengawal kewangan dan menguruskan bisnes. Ramai yang kata tak ada ilmu tapi kenapa tak belajar. Baca buku dan jumpa orang…

Siapa yang dapat sesuatu dari perkongsian saya hari ni..

Jadi anda dah nampak tak perbezaan penjaja miskin dan penjaja kaya dan anda belajar sesuatu tak dari perkongsian ini. Sila komen kalau anda tidak keberatan berkongsi. Saya akan rasa bahagia kalau dapat berkongsi sesuatu. Kata guru saya,

" Syarat Untuk Menerima Adalah Dengan Memberi "

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.