Merana Jarum Dalam Tekak. Ini puncanya..

Akibat mengambil mudah akan jarum peniti yang tajam, inilah yang terjadi akhir.

Bagi wanita muslimah yang bertudung, pastinya akan menggunakan jarum peniti untuk memakai tudung.

Tolonglah ubah sikap suka menggigit jarum semasa memakai tudung. Apa kata letak jarum di tempat yang jauh dari mulut supaya dapat mengelak dari kejadian yang tak diingini sebegini.

Masih tak percaya? Sebenarnya ada banyak cara jarum boleh masuk ke tekak anda tanpa disedari. Antaranya:
  • tak sedar jarum dimulut dan terus bercakap seperti biasa. Ada kes di mana rakan atau keluarga yang memanggil dan dia menyahut dengan jarum masih dibibir. Sedar-sedar jarum dah hilang. Bayangkan..
  • Dengan jarum masih di bibir, tiba-tiba dia rasa nak bersin. Sebelum bersin sudah pasti kita akan menarik nafas dahulu. Dan akhirnya, anda fikirlah sendiri.
  • Semasa dalam kereta sudah pastinya keadaan agak bergoyang dan terhangguk-hangguk. Ada kes nak pakai tudung sambil tengok cermin kat sunvisor tu dengan beberapa jarum di bibir, dan tiba-tiba kereta terlanggar lopak. Tengok-tengok jarum dah hilang...
Ini juga antara realitinya yang terjadi. Anda nilailah sendiri:









Apa pun berhati-hatilah ye. Semoga kita dapat ambil pengajaran dari perkongsian-perkongsian di atas.


Comments