10 Perkara Isteri Suka Suami Buat

Ramai antara suami yang tak faham apa yang si isteri inginkan.

Dan lebih teruk lagi, ada juga si suami yang tiada usaha langsung untuk memahami dan memenuhi kehendak isteri.

Di sini, kami himpunkan 10 pengakuan isteri yang suka apabila suami mereka berbuat sesuatu pada mereka.

Mohon para lelaki untuk fahamkan dan amalkan supaya dapat mengambil hati isteri anda setiap hari. InsyaAllah bahagia ke akhir hayat :)

1. "Saya suka suami saya mencium saya bila nak pergi kerja."

2. "Saya suka suami membuat saya senyum dan ketawa."

3. "Saya harap suami selalu menghubungi saya."

4. "Saya terharu bila sekali-sekala suami masak untuk saya."

5. "Saat paling gembira bagi saya adalah ketika tangan saya dipegang erat suami."

6. "Saya suka suami saya selalu memeluk saya."

7. "Saya sangat suka kalau suami saya selalu ucap I love you pada saya."

8. "Saya suka suami saya peluk dari belakang dan mencium pipi saya sambil berbisik-bisik di telinga."

9. "Saya suka suami senyum pada saya."

10. "Suami saya jarang memuji saya. Saya suka kalau dipuji."

Dengan adanya maklumat ini, diharap dapatlah para suami menghangatkan kembali percintaan selepas berumahtangga.

Biarpun nampak seperti remeh dan kecil, namun kesannya berlipat kali ganda pada si isteri.

Tak percaya, cubalah! Semoga bermanfaat!

Comments