100 sunnah Nabi Muhammad SAW yang mendapat pahala jika amalkan


Ingin mendapat pahala dengan mudah?

Cuba follow dan amalkan senarai 100 Sunnah Nabi Muhammad ﷺ yang dikongsikan di bawah ni.

Daripada Amru bin Auf radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesiapa menghidupkan sunnahku, kemudian (sunnahku tersebut) diamalkan oleh orang lain, maka baginya pahala seumpama pahala orang yang mengamalkannya tanpa berkurangan sedikitpun dari pahala-pahala mereka. Sesiapa yang berbuat bid’ah, kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka baginya dosa dan dosa-dosa orang yang melakukannya tanpa terkurang sedikitpun dari dosa-dosa mereka.” (Sahih Ibnu Majah.0174)


1. Tidur dalam keadaan berwuduk

2. Baca surah ikhlas, al-falaq dan an-nas sebelum tidur

3. Takbir dan tasbih ketika di tempat tidur

4. Berdoa pada waktu malam

5. Berdoa ketika bangun daripada tidur

6. Berkumur dan menghisap air ke dalam hidung dari satu cedukan sebelah tangan

7. Berwuduk sebelum mandi

8. Baca doa selepas wuduk

9. Jimat penggunaan air

10. Selepas wuduk solat dua rakaat

11. Menjawab seruan azan

12. Banyak bersugi

13. Pergi awal ke masjid

14. Berjalan kaki ke masjid

15. Hadir solat dengan tenang

16. Doa ketika masuk dan keluar masjid

17. Mengadakaan sempadan ketika solat

18. Duduk atas dua tumit ketika duduk antara dua sujud

19. Duduk atas lantai dengan mendirikan kaki kanan ketika duduk tahiyat

20. Banyakkan berdoa selepas tahiyat akhir dan sebelum beri salam

21. Melakukan solat sunat rawatib

22. Solat dhuha

23. Qiyamullail

24. Solat witir

25. Solat dengan beralas kaki

26. Solat di masjid quba ‘

27. Solat sunat di rumah

28. Solat istikharah

29. Duduk di tempat solat selepas solat subuh hingga terbit matahari

30. Mandi hari jumaat

31. Hadir awal untuk solat jumaat

32. Mencari masa mustajab doa hari jumaat

33. Pergi dan balik solat hari raya dengan jalan berbeza

34. Solat jenazah

35. Ziarah kubur-kubur

36. Bangun sahur

37. Segera berbuka puasa

38. Menghidupkan ramadhan

39. Iktikaf pada bulan ramadhan

40. Puasa sunat enam hari dalam bulan syawal

41. Puasa tiga hari setiap bulan

42. Puasa hari arafah

43. Puasa hari asyura

44. Pilih seorang ketua ketika bermusafir

45. Takbir ketika melalui tempat tinggi dan tasbih ketika menuruni tempat rendah

46. Doa ketika di singgah sesuatu tempat

47. Terlebih dahulu ke masjid apabila balik dari musafir

48. Doa ketika memakai baju baru

49. Mula dengan kaki kanan apabila pakai selipar / kasut

50. Baca bismillah ketika makan

51. Ucap al-hamdulillah selepas makan

52. Minum dalam keadaan duduk

53. Berkumur selepas minum susu

54. Tidak mencela makan

55. Makan dengan tiga jari tangan dan menjilat jari itu apabila selesai makan

56. Minum dan berubat dengan air zam-zam

57. Sarapan terlebih dahulu sebelum pergi solat hari raya fitri

58. Banyak membaca al-quran

59. Baca al-quran dengan suara yang baik

60. Zikir kepada allah setiap ketika

61. Bertasbih

62. Mendoakan orang yang bersin

63. Doa untuk pesakit

64. Meletak tangan pada tempat sakit serta doa

65. Berdoa ketika mendengar ayam berkokok

66. Berdoa ketika hujan turun

67. Baca zikir ketika masuk rumah

68. Baca zikir dalam majlis

69. Berdoa ketika hendak masuk tandas

70. Berdoa ketika angin bertiup

71. Doa untuk muslimin yang tidak bersama

72. Berdoa ketika mendapat musibah

73. Menyebarkan salam

74. Menuntut ilmu

75. Meminta izin sebelum masuk tiga kali

76. Tahnik mulut anak yang baru lahir

77. Aqiqahkan anak

78. Singkap sebahagian badan agar kena hujan

79. Melawat pesakit

80. Senyum

81. Ziarah-menziarahi kerana allah

82. Nyatakan kecintaan apabila cinta terhadap seseorang

83. Tutup mulut apabila menguap

84. Sangka baik terhadap manusia

85. Membantu keluarga dalam kerja rumah

86. Sunnah fitrah

87. Menjaga anak yatim

88. Menjauhi marah

89. Menangis kerana takut terhadap allah

90. Bersedaqah jariah

91. Membina masjid

92. Toleransi ketika berjual

93. Menghilangkan gangguan jalan

94. Shadaqah/ sedekah

95. Banyak melakukan amal soleh pada 10 zulhijjah

96. Membunuh cicak

97. Larangan mencerita dari semua perkara yang didengari

98. Memberi nafkah keluarga

99. Mari-lari anak semasa tawaf

100. Beramal soleh berterusan walaupun sedikit.

Ada banyak lagi perkara baik dan sunnah yang mendapat pahala namun cukuplah 100 dahulu untuk dikongsikan di sini.

Melakukan perkara sunnah adalah digalakkan kerana mendapat pahala. Jika tidak dilakukan, maka kita tak mendapat apa-apa.

Terpulang pada diri masing-masing. Selamat beramal!

Comments