Ads Top

Cara Tunaikan Solat Jenazah Dengan Betul


Sebagai lelaki muslim, perlu untuk kita tahu cara tunaikan solat jenazah dengan betul.

Tidak rugi belajarnya kerana solat jenazah ini boleh menjadi satu penghormatan terakhir kita kepada rakan, kenalan mahupun keluarga kita yang pergi menghadap Ilahi.

***Persediaan solat jenazah:

  • Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
  • Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
  • Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
  • Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.

Berikut adalah cara Solat Jenazah berserta doanya. Jangan lupa mengambil wudhu.

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati:

"Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala."

Jadi makmum? Tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"



Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"

Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir seperti berikut:



3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"

Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni:


*Allahummargh firlahu warhamhu (untuk jenazah lelaki)
**Allahummargh firlaha warhamha (untuk jenazah perempuan)

Untuk jenazah kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. Sebaliknya dibacakan doa berikut:


4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"

Selepas takbir keempat, dibacakan doa berikut:



Beri salam "Assalamualaikum warahmatullah" kanan dan kiri seperti biasa.
Selesai

Selepas memberi salam dibacakan pula Surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali.

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri serapat mungkin kerana tidak perlu rukuk dan sujud dan ikutlah juga rukun di atas.

Cukup rukun makalah sahlah solat tersebut.

Semoga ia menjadi penghormatan terbaik buat jenazah.

Rujukan doa: al-azkar.blogspot

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.