10 Cara Balas Jasa Ibu

10 Cara Balas Jasa Ibu
Sebagai anak, pasti kita ingin membalas jasa ibu yang bersusah payah mengandungkan kita selama 9 bulan, berpantang selepas melahirkan kita dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang sehingga kita mampu menjaga diri sendiri.

Namun ramai yang tak tahu atau terlepas pandang cara nak balas jasa ibu masing-masing.

Ingatlah syurga setiap anak terletak di bawak telapak kaki ibunya.

Berikut adalah 10 cara yang boleh dilakukan untuk membalas jasa ibu kita:


  1. Doakan kesejahteraan kepada ibu.
  2. Sentiasa merendahkan suara bila bercakap dengan ibu.
  3. Memberikan hadiah kepada ibu
  4. Membawa ibu ke klinik atau menjaga ibu ketika dia sakit.
  5. Menghulurkan wang perbelanjaan serta keperluan rumah.
  6. Tidak mungkir janji dengan ibu.
  7. Membawa ibu ke majlis ilmu.
  8. Sentiasa luangkan waktu untuk bersama ibu.
  9. Berbanggalah dengan ibu tak kira ibu macam mana pun.
  10. Sentiasa memohon reda ibu.

Comments