Ads Top

Resepi Nasi Goreng Kicap Mudah dan Sedap

Resepi Nasi Goreng Kicap Mudah dan Sedap


Mudah saja resepi nasi goreng kicap ni.

Anak-anak pun kata sedap.

Bolehlah masak untuk dibuat sarapan atau makan malam.

BAHAN-BAHAN:
• 4 cawan nasi
• 3 biji bawang merah*
• 2 ulas bawang putih*
• Sedikit ikan bilis*
• 5 biji cili api* (letak 4 biji je)
(Semua bahan bertanda * ditumbuk)
• 1 sudu makan sos tiram
• 1 biji telur dikacau
• 1/2 btg carrot dihiris panjang (tak letak)
• 3 tangkai kacang panjang dihiris (tak letak)
• Kicap secukupnya
• Sedikit garam (tukar letak kiub ayam sikit)


CARA-CARA:
1) Tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan sos tiram.
2) Pecahkan telur dan gaul higga masak.
3) Masukkan carrot dan kacang panjang.
4) Tuang nasi dan gaul rata.
5) Masukkan kicap secukupnya.
6) Sedia dihidang.


Selamat mencuba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.