Ads Top

Resepi Nasi Goreng Belacan

Resepi Nasi Goreng Belacan
pix: resepi minggu ini


Resepi nasi goreng belacan ni memang terbaik dari ladang.

Dua tiga kali jugak suami admin request minggu ni.

Jom cuba buat.


BAHAN-BAHAN:
• 2 mangkuk nasi putih (yang telah sejuk)
• 7 biji cili api hijau (kalau nak lebih pedas guna yang warna merah)
• 1 labu bawang besar
• 50 gm udang kering (dibersihkan dan direndam)
• belacan sebesar ibu jari
• 3 ulas bawang putih - diketuk
• garam dan gula secukup rasa

Untuk daging goreng:
• 300gm daging - dipotong kecil2
• 3 sudu besar kicap
• 1 sudu kecil serbuk kunyit
• 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
• sedikit garam dan gula
• 4 biji telur- 1 bji untuk dimasukkan kedalam nasi dan 3 biji lagi untuk dibuat telur dadar
• daun salad
• cili api sebagai hiasan( juga utk menambahkan pedas)
• sedikit minyak untuk menggoreng daging dan nasi

CARA MENYEDIAKAN DAN MEMASAK:

Daging Goreng:
1. Panaskan sedikit minyak (lebih kurang 3 sudu besar) dan masukkan daging.
2. Kacau seketika dan masukkan kicap, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, gula dan garam.
3. Masukkan sedikit air (melitupi daging dalam kuali) dan goreng hingga kering.
Dadar telur:
1. Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk.
2. Panaskan frying pan, masukkan sedikit adunan telur dan goreng hingga telur masak (kekuningan). 
3. Angkat dan gulung.
4. Ulang sehingga habis kesemua adunan telur.
5. Apabila dadar telah sejuk bolehlah dipotong nipis-nipis.
Nasi Goreng:
1. Blend cili api, bawang besar, udang kering (bersama air rendaman) dan belacan sehingga lumat.
2. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak (lebih kurang 3 sudu besar) dan masukkan bawang putih yang telah diketuk. Goreng hingga wangi dan kekuningan.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah diblend dan goreng hingga kering sedikit dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan telur dan kacau rata.
4. Masukkan nasi dan goreng sehingga nasi masak.
5. Hidangkan panas-panas bersama daging goreng, telur dadar yg telah dipotong nipis dan daun salad. 

Selamat mencuba!


Kredit: MyResipi

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.